SAPS - Semakan ibu bapa UPSR, PMR/PT3 & SPM

sap-semakan-ibubapa

SAPS - Semak Keputusan  Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM Peperiksaan Secara Online | Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

SAPS - Semakan ibu bapa UPSR, PMR/PT3 & SPM - Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Ia dapat menbantu ibubapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dengan memantau prestasi akademik mereka.

SAPS semakan ibubapa upsr pt3 Untuk membuat semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  • Klik pautan berikut untuk ke menu utama laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:
  • http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  • Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  • Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah: SAPS semakan ibubapa
  • Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
  • Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkhidmatan online SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

0 comment... add one now

Jika Terdapat sebarang persoalan, Sila komen :)